Sejarah Stesen Bandar Utama

Semasa pembinaan MRT laluan SBK, stesen ini dikenali sebagai One Utama.[1] Stesen ini mula beroperasi pada 16 Disember 2016 selepas pembukaan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) fasa satu daripada stesen Sungai Buloh sehingga stesen Semantan melalui stesen ini.[2] LRT Laluan Bandar Utama-Klang (BUK) akan mula berkhidmat di stesen pada tahun 2024 di bagunan stesen yang terletak kira-kira 100m barat laut daripada bagunan stesen MRT kini. Sebuah laluan pejalan kaki berbayar akan menghubungkan kedua-dua bagunan ini seiring dengan pembukaan stesen laluan BUK.[3]

Sambungan ke TTDI

Ketika dalam proses perancangan, sebuah jambatan pejalan kaki yang menghubungkan stesen ini dengan kawasan perumahan TTDI yang terletak di sebelah timur stesen merentasi LDP telah dicadangkan. Hal ini membolehkan penduduk TTDI mempunyai akses ke stesen ini dan pusat membeli-belah One Utama. Tetapi, Persatuan Penduduk TTDI membantah cadangan ini atas sebab tidak mempunyai kemudahan secukupnya unuk menampung kesesakan trafik oleh cadangan ini.[4] Pada Julai 2014, MRT menurut dengan bantahan tersebut.[5] Walau bagaimanapun, setelah MRT beroperasi, terdapat suara bantahan tentang kurangnya sambungan bagi penduduk TTDI di sebelah utara bagi menggunakan MRT.[6]

Rujukan

WikiPedia: Stesen Bandar Utama http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pm-rasmi-... http://www.starproperty.my/index.php/articles/prop... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=S... https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/02/22... https://www.mymrt.com.my/ms/awam/laluan-sungai-bul... https://www.mymrt.com.my/ms/awam/perjalanan-mrt/pa... https://www.thestar.com.my/metro/community/2016/12... https://www.thestar.com.my/news/community/2014/07/... https://www.thestar.com.my/news/nation/2014/11/26/... https://www.thestar.com.my/opinion/letters/2017/04...